KEDUDUKAN BANGSA ARAB
Menurut bahasa, Arab bermaksud
padang pasir, tanah gersang yang mana tanah tidak mengandungi air mahupun
ditumbuhi tanaman. Sebutan dengan istilah ini sudah diberikan sejak dahulu lagi
kepada jazirah Arab, seperti mana sebutan yang diberikan kepada suatu kaum yang
disesuaikan dengan daerah tertentu, lalu mereka menjadikannya sebagai tempat
tinggal.
Jazirah
Arab dibatasi Laut Merah dan Gurun Sinai di sebelah barat, di sebelah timur
dibatasi Teluk Arab dan sebahagian besar negara Iraq bahagian selatan, di
sebelah selatan dibatasi Laut Arab yang bersambung dengan Lautan India, di
sebelah utara dibatasi negeri Syam dan sebahagian kecil dari negara Iraq.
Jazirah
Arab memiliki peranan yang sangat besar dari sudut kedudukan dan geografi. Sedangkan
apabila dilihat dari kondisi dalaman, Jazirah Arab hanya dikelilingi gurun dan
padang pasir. Oleh kerana itu, inilah yang membuatkan Jazirah Arab seakan-akan
seperti benteng/kubu pertahanan yang kukuh, yang tidak menyebabkan bangsa asing
menjajah atau menguasai bangsa arab. Disebabkan itu, kita boleh melihat
penduduk Jazirah Arab hidup merdeka, bebas dari segala urusan sejak zaman
dahulu.
Dari sudut
hubungan dengan dunia luar, Jazirah Arab terletak di benua yang sudah dikenali
sejak zaman dahulu lagi, yang menghubungkan daratan dan lautan. Sebelah barat
laut merupakan pintu masuk ke Benua Afrika, sebelah timur laut merupakan pintu
masuk ke Benua Eropah, dan sebelah timur tengah terus menjangkau ke India dan
Cina. Setiap benua mempertemukan lautnya dengan Jazirah Arab dan setiap kapal
laut berlayar pasti akan menyinggahi di hujungnya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan