Rabu, 2 Julai 2014

Tasik Tobari (Sea of Galilee)

بسم الله الرحمن الرحيم 
Allamdulillah hari ini diberi keizinan untuk kami melawat tempat-tempat yang menarik di bumi Jordan ini. Kami mengambil peluang dalam tempoh belajar di sini untuk melihat sendiri tempat-tempat yang dimaksudkan dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan ؤuba sedaya upaya untuk memahami isi kandung hadis yang pernah disabdakan oleh baginda dalam satu hadis berkenaan kiamat.

 Kedudukan lokasi Tasik Tobari 


Bersepadanan 3 negara (Jordan, Syria, Israel)
juga dikenali dengan nama Sea of Galilee


Hadis yang terdapat dalam Sohih Muslim daripada Fatimah binti Qais:

عن فاطمة بنت قيس رضي الله عنها قالت :

 
سَمِعْتُ نِدَاءَ الْمُنَادِي ، مُنَادِى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ، يُنَادِي ( الصَّلاَةَ جَامِعَةً ). فَخَرَجْتُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ، فَكُنْتُ فِى صَفِّ النِّسَاءِ الَّتِى تَلِى ظُهُورَ الْقَوْمِ ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلاَتَهُ جَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَضْحَكُ ، فَقَالَ « لِيَلْزَمْ كُلُّ إِنْسَانٍ مُصَلاَّهُ » . ثُمَّ قَالَ « أَتَدْرُونَ لِمَ جَمَعْتُكُمْ » ؟

قَالُوا : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ . قَالَ :

 
إِنِّى وَاللَّهِ مَا جَمَعْتُكُمْ لِرَغْبَةٍ وَلاَ لِرَهْبَةٍ ، وَلَكِنْ جَمَعْتُكُمْ لأَنَّ تَمِيماً الدَّارِىَّ كَانَ رَجُلاً نَصْرَانِيًّا فَجَاءَ فَبَايَعَ وَأَسْلَمَ ، وَحَدَّثَنِى حَدِيثاً وَافَقَ الَّذِى كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْ مَسِيحِ الدَّجَّالِ ، حَدَّثَنِى أَنَّهُ رَكِبَ فِى سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ مَعَ ثَلاَثِينَ رَجُلاً مِنْ لَخْمٍ وَجُذَامَ ، فَلَعِبَ بِهِمُ الْمَوْجُ شَهْراً فِى الْبَحْرِ ، ثُمَّ أَرْفَئُوا ( أي : التجؤوا ) إِلَى جَزِيرَةٍ فِى الْبَحْرِ حَتَّى مَغْرِبِ الشَّمْسِ ، فَجَلَسُوا فِى أَقْرُبِ السَّفِينَةِ  (وهي سفينة صغيرة تكون مع الكبيرة كالجنيبة يتصرف فيها ركاب السفينة لقضاء حوائجهم ، الجمع قوارب والواحد قارب)
فَدَخَلُوا الْجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْهُمْ دَابَّةٌ أَهْلَبُ ( أي : غليظ الشعر ) كَثِيرُ الشَّعَرِ ، لاَ يَدْرُونَ مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ ،
فَقَالُوا : وَيْلَكِ مَا أَنْتِ ؟ فَقَالَتْ : أَنَا الْجَسَّاسَةُ ( قيل سميت بذلك لتجسسها الأخبار للدجال ) . قَالُوا : وَمَا الْجَسَّاسَةُ ؟ قَالَتْ : أَيُّهَا الْقَوْمُ ! انْطَلِقُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِى الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالأَشْوَاقِ . قَالَ لَمَّا سَمَّتْ لَنَا رَجُلاً فَرِقْنَا ( أي خفنا ) مِنْهَا أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً ، قَالَ فَانْطَلَقْنَا سِرَاعاً حَتَّى دَخَلْنَا الدَّيْرَ ، فَإِذَا فِيهِ أَعْظَمُ إِنْسَانٍ رَأَيْنَاهُ قَطُّ خَلْقاً ، وَأَشَدُّهُ وِثَاقاً ، مَجْمُوعَةٌ يَدَاهُ إِلَى عُنُقِهِ ، مَا بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى كَعْبَيْهِ بِالْحَدِيدِ ، قُلْنَا : وَيْلَكَ مَا أَنْتَ ؟ قَالَ : قَدْ قَدَرْتُمْ عَلَى خَبَرِي ، فَأَخْبِرُونِي مَا أَنْتُمْ ؟ قَالُوا : نَحْنُ أُنَاسٌ مِنَ الْعَرَبِ ، رَكِبْنَا فِى سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ ، فَصَادَفْنَا الْبَحْرَ حِينَ اغْتَلَمَ ( أي هاج ) ، فَلَعِبَ بِنَا الْمَوْجُ شَهْراً ، ثُمَّ أَرْفَأْنَا إِلَى جَزِيرَتِكَ هَذِهِ ، فَجَلَسْنَا فِى أَقْرُبِهَا ، فَدَخَلْنَا الْجَزِيرَةَ ، فَلَقِيَتْنَا دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لاَ يُدْرَى مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ ، فَقُلْنَا : وَيْلَكِ مَا أَنْتِ ؟ فَقَالَتْ : أَنَا الْجَسَّاسَةُ . قُلْنَا : وَمَا الْجَسَّاسَةُ ؟ قَالَتِ : اعْمِدُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِى الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِاْلأَشْوَاقِ . فَأَقْبَلْنَا إِلَيْكَ سِرَاعاً ، وَفَزِعْنَا مِنْهَا وَلَمْ نَأْمَنْ أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً ، فَقَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ نَخْلِ بَيْسَانَ . قُلْنَا : عَنْ أَىِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ قَالَ : أَسْأَلُكُمْ عَنْ نَخْلِهَا هَلْ يُثْمِرُ ؟ قُلْنَا لَهُ : نَعَمْ . قَالَ : أَمَا إِنَّهُ يُوشِكُ أَنْ لاَ تُثْمِرَ . قَالَ : أَخْبِرُونِى عَنْ بُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ ؟ قُلْنَا : عَنْ أَىِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ قَالَ : هَلْ فِيهَا مَاءٌ ؟ قَالُوا : هِىَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ . قَالَ : أَمَا إِنَّ مَاءَهَا يُوشِكُ أَنْ يَذْهَبَ . قَالَ : أَخْبِرُونِى عَنْ عَيْنِ زُغَرَ ؟ ( وهي بلدة تقع في الجانب القبلي من الشام ) قَالُوا : عَنْ أَىِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ قَالَ : هَلْ فِى الْعَيْنِ مَاءٌ ؟ وَهَلْ يَزْرَعُ أَهْلُهَا بِمَاءِ الْعَيْنِ ؟ قُلْنَا لَهُ : نَعَمْ ، هِىَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ ، وَأَهْلُهَا يَزْرَعُونَ مِنْ مَائِهَا . قَالَ : أَخْبِرُونِى عَنْ نَبِىِّ الأُمِّيِّينَ مَا فَعَلَ ؟ قَالُوا : قَدْ خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ وَنَزَلَ يَثْرِبَ . قَالَ : أَقَاتَلَهُ الْعَرَبُ ؟ قُلْنَا : نَعَمْ . قَالَ : كَيْفَ صَنَعَ بِهِمْ ؟ فَأَخْبَرْنَاهُ أَنَّهُ قَدْ ظَهَرَ عَلَى مَنْ يَلِيهِ مِنَ الْعَرَبِ وَأَطَاعُوهُ ، قَالَ لَهُمْ : قَدْ كَانَ ذَلِكَ ؟ قُلْنَا نَعَمْ . قَالَ : أَمَا إِنَّ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ ، وَإِنِّى مُخْبِرُكُمْ عَنِّي ، إِنِّى أَنَا الْمَسِيحُ ، وَإِنِّى أُوشِكُ أَنْ يُؤْذَنَ لِى فِى الْخُرُوجِ ، فَأَخْرُجَ فَأَسِيرَ فِى الأَرْضِ فَلاَ أَدَعَ قَرْيَةً إِلاَّ هَبَطْتُهَا فِى أَرْبَعِينَ لَيْلَةً غَيْرَ مَكَّةَ وَطَيْبَةَ فَهُمَا مُحَرَّمَتَانِ عَلَيَّ كِلْتَاهُمَا ، كُلَّمَا أَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَ وَاحِدَةً أَوْ وَاحِداً مِنْهُمَا اسْتَقْبَلَنِى مَلَكٌ بِيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتاً يَصُدُّنِى عَنْهَا ، وَإِنَّ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلاَئِكَةً يَحْرُسُونَهَا . قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم - وَطَعَنَ بِمِخْصَرَتِهِ فِى الْمِنْبَرِ - : « هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ » . يَعْنِى الْمَدِينَةَ « أَلاَ هَلْ كُنْتُ حَدَّثْتُكُمْ ذَلِكَ ؟ » . فَقَالَ النَّاسُ :نَعَمْ .

فَإِنَّهُ أَعْجَبنِى حَدِيثُ تَمِيمٍ أَنَّهُ وَافَقَ الَّذِى كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْهُ وَعَنِ الْمَدِينَةِ وَمَكَّةَ ، أَلاَ إِنَّهُ فِى بَحْرِ الشَّامِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ ، لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ما هُوَ ، مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ ، مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ » ( قال القاضي : لفظة ( ما هو ) زائدة ، صلة للكلام ، ليست بنافية ، والمراد ( إثبات أنه فى جهات المشرق ) وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ . قَالَتْ فَحَفِظْتُ هَذَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

رواه مسلم في صحيحه برق


“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”
Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”
Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”
Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”
Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”


Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. 

Pemandangan tasik Tobari (dirakam dari atas sempadan Jordan)


 Bersama rakan-rakan memanfaatkan masa yang berbaki


Isnin, 23 Jun 2014

HUBUNGAN DI ANTARA AYAT AL-QURAN YANG MEMBINCANGKAN PENCIPTAAN ADAM A.S


Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menceritakan tentang penciptaan Adam a.s. Dan terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam penceritaan ini. Ada ayat yang menceritakan Adam diciptakan daripada tanah
(تراب), ada juga ayat menceritakan dicipta daripada tanah liat (طين), ada juga menceritakan dicipta daripada tanah liat yang kering (صلصال كالفخار).
Segelintir ulama’ beranggapan ayat menceritakan tentang kejadian nabi Adam a.s itu sendiri berlawanan dan bertentangan. Ini diganggap berlawanan dengan Quran itu sendiri. Mungkin disebabkan salah dalam kefahamannya.
Sesungguhnya ayat-ayat yang menceritakan perihal penciptaan adam adalah perkara yang lengkap dan disepakati. Tiap-tiap ayat membahaskan tentang peringkat dari peringkat-peringkat penciptaannya, kerana penciptaannya bukan sekali, tetapi sebanyak 5 peringkat. Berikut adalah turutan peringkat-peringkat di dalam Quran:

Peringkat per-1 : Diciptakan dari segenggam tanah (خلقه من حفنة من تراب الأرض)

-Allah berfirman:

 
إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (ال عمران:59)
huruf ha’ pada kalimah (خَلَقَهُ), merujuk kepada Adam a.s. bermakna Allah menciptakan Adam daripada tanah. Kemudian Allah berkata: jadilah, maka jadilah seperti kehendak Allah.
- jelas menunjukkan dalam ayat ini, Allah menciptakan Adam a.s daripada tanah, dan ini merupakan peringkat yang pertama dalam penciptaannya.
- Nabi Muhammad s.a.w menerangkan secara terperinci perihal yang demikian. Dalam riwayat Abu Daud (no. 4693) dan Tirmizi (no. 2955)
"إن الله خلق آدم من قبضة قبضها من جمع الأرض، فجاء بنو آدم على قدر الأرض، منهم الأحمر والأبيض والأسود، والسهل والحزن، والطيب والخبيث"
- justifikasi/penerangan daripada hadis ini, menunjukkan rahsia perbezaan warna kulit manusia. Ini kerana terdapat perbezaan warna tanah. Daripada hadis ini juga, dapat diterangkan perbezaan spiritual, peribadi/watak dan perasaan. Disebabkan sifat semulajadi tanah itu sendiri berbeza. Antara keras dan lembut.
- jelas menunjukkan hadis ini, Adam a.s diciptakan daripada genggaman tanah yang terkumpul daripada warna-warna tanah dan sifatnya yang perlbagai.

Peringkat per-2: Diciptakan daripada tanah lumpur(خلقه من طين)

-Adam a.s diciptakan daripada tanah yang lumpur pada peringkat yang kedua. Yang demikian, dengan campuran gumpalan tanah yang diambil daripada bumi dengan air seolah-olah menjadi tanah yang berlumpur. Allah berfirman:
إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِينٍ (سورة ص: 71)
(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari
tanah".          
-sesungguhnya Iblis telah melihat penciptaan Adam a.s. Melihat gumpalan tanah yang dicampur dengan air dan jadilah tanah lumpur. Dan menolak untuk sujud kepada Adam kerana sombong dengan kejadiannya yang diciptakan daripada api. Iblis menganggap dirinya lebih baik daripada Adam kerana Adam hanya berasal daripada tanah sahaja. Allah berfirman:
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ (سورة الأعراف: 12)
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".

Peringkat per-3: Diciptakan daripada tanah yang melekat (tanah liat) (خلقه من طين لازب)

-Allah s.w.t berfirman:
فَاسْتَفْتِهِمْ أَهُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمْ مَنْ خَلَقْنَا ۚ إِنَّا خَلَقْنَاهُمْ مِنْ طِينٍ لَازِبٍ (الصفات: 11)
"Maka tanyakanlah kepada mereka (musyrik Mekah): "Apakah mereka yang lebih kukuh kejadiannya ataukah apa yang telah Kami ciptakan itu?" Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat."
-Perkataan (اللازب) bermaksud: tetap lagi padat.
-Ar-Raghib al-Asfahani berkata: “perkataan ini bermaksud benda yang tetap dan tidak berubah)
-Peringkat ini dari tanah yang lembik (pada peringkat yang lalu) berubah kepada peringkat tanah yang sangat padat. Ini adalah permulaan bagi proses pejal.

Peringkat per-4: Diciptakan daripada tanah liat kering dari lumpur hitam yang dibentuk
)
(خلقه من صلصال من حمأ مسنون

-Allah s.w.t berfirman:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ (الحجر: 28)
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.”
-Perkataan (صلصال) berasal daripada kalimah (الصلّ) yang bermaksud suara/bunyi.
-Ar-Raghib al-Asfahani berkata: asal perkataan صلصال  getaran suara/bunyi daripada sesuatu benda yang kering. Dikatakan صلّ المسمار (bunyi paku): apabila dimasukkan dalam sesuatu benda yang kering.

-Perkataan
(الحمأ) bermaksud: tanah hitam yang berbau busuk
-Perkataan (المسنون) bermaksud: benda yang berubah
-Ini adalah peringkat kesan/hasil daripada peringkat yang lalu, setelah itu jadilah tanah lembik kepada tanah liat yang tetap dan sangat pejal kemudian bertukar kepada tanah hitam yang berbau dan kering.

Peringkat per-5: Diciptakan daripada tanah liat kering seperti tembikar

-Allah berfirman:
 خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ(الرحمن:14)
Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar”
-Perkataan صلصال disini bermaksud tanah yang kering. Dinamakan demikian kerana apabila kamu menepuk keatasnya ia berbunyi (mengeluarkan bunyi)
-Ia diumpakan tanah yang kering dengan tembikar, dan tembikar adalah bejana/perkakas yang diperbuat daripada tanah yang dibakar dengan api setelah dikeringkannya.
-Dinamakan bejana/perkakas ini tembikar (فخارا).
- Ar-Raghib al-Asfahani berkata: الفخار bermakna tembikar (الجرار). Ia berbunyi apabila ditepuk,
-Ini adalah peringkat yang kelima (yang terakhir), yang mana dalam penciptaan Adam a.s melalui proses ini sebelum Allah meniupkan roh keatasnya.

Kesimpulan:
*Daripada penyusunan peringkat dalam ayat-ayat yang dibicarakan berkenaan penciptaan Adam a.s sebelum ditiupkan roh keatasnya, kita dapat melihat, tiada percanggahan diantaranya, ia saling melengkapi, dan dikumpulkan antaranya atas asas ini.
* Diambil gumpalan daripada tanah (seperti mana yang disebutkan dalam peringkat yang per1), diadun/dibentuk dengan air sehinggal jadilah tanah (seperti mana yang disebutkan dalam peringkat yang ke2), ditambah campuran tanah dan dikombinasikannya, yakni dicampurkan sebahagian dengan sebahagiannya yang lain sehingga terjadilah tanah liat yang melekat dan padat (seperti mana yang disebutkan dalam peringkat yang ke3), dibiarkan tanah ini sehingga peringkat ia menjadi kering dan jadilah ia tanah hitam yang berubah dan berbau (seperti mana yang disebutkan dalam peringkat yang ke4), dikeringkan lagi tanah ini sehingga jadilah seperti tembikar, yang mengeluarkan bunyi apabila ditepuk ke atasnya (seperti mana yang disebutkan dalam peringkat yang ke5).

Sabtu, 31 Mei 2014

Andailah sesuatu kebaikan itu dinilai dari siapa pelaku,
Sudah pasti kebaikan itu akan dilihat orang tertentu,
Andailah sesuatu nasihat dilihat dari siapa yg memberi,
Sudah pasti nasihat itu akan dijadikan hujah utk dinafi,
Andailah sesuatu ikhtibar dilihat dari latar belakang individu,
Sudah pasti setiap pengajaran akan akan dipertikai selalu....

Teruskan melakukan kebaikan, kerana Allah jualah yang terbaik dalam setiap penilaian....

Rabu, 7 Mei 2014


Semakin kau besar panjang,
Semakin senyum tawa kau hilang,
Semakin banyak duka kau rentang,

Mengapa anak kecil?
Mengapa kau semakin sendu?
Sedang alam ini sentiasa meraihmu…

Bangun anak kecil, bangun!
Mengapa kau padam senyum indah yang kau ukir?
Mengapa kau leka bermain lopak dan lecak derita?
Mana tawamu? Mana?
Mengapa kini kau tersedu sedan?
Sedang alam begitu ria menyambutmu dulu…

Bangun anak kecil, bangun!
Apa yang membelitmu? Apa?
Siapa yang mencubit jiwamu?
Hingga kau tercedera begini?
Dahulu kau leka bermain guli dan gasing,
Kini permainan apa yang membuatmu
Rengsa dan rungsing?

Bangun anak kecil, bangun!
Tuhan menantimu,
Bukan untuk menyambut butir tangisanmu,
Hidupmu juga nafsumu bukan,
Untuk ini manja, bukan?

Apa sarat ibumu sekadar
Mahu mendukung kecewamu?
Mendodoi lukamu?

Tiada yang hidup semata menanti mati,
Walau pergi detik yang pasti,
Hidup harus terus kau isi.

Bangun anak kecil, bangun!
………………………………………………………………………………………………………………


Kau tidak menjadi besar seandainya tiada masalah yang datang mencabar.
Hadapilah remaja, hadapilah masa-masa dewasa ini dengan senyuman yang serupa.
Senyuman yang dahulu kau rentang buat semua yang melihat.
Senyuman yang telah membahagiakan sejagat umat!!!


Muhd Hatta Razian
3/4/2014
3.38 PM