Mengapa anak kecil?
Mengapa kau semakin sendu?
Sedang alam ini sentiasa meraihmu…
Bangun anak kecil, bangun!
Mengapa kau padam senyum indah yang kau ukir?
Mengapa kau leka bermain lopak dan lecak derita?
Mana tawamu? Mana?
Mengapa kini kau tersedu sedan?
Sedang alam begitu ria menyambutmu dulu…
Bangun anak kecil, bangun!
Apa yang membelitmu? Apa?
Siapa yang mencubit jiwamu?
Hingga kau tercedera begini?
Dahulu kau leka bermain guli dan gasing,
Kini permainan apa yang membuatmu
Rengsa dan rungsing?
Bangun anak kecil, bangun!
Tuhan menantimu,
Bukan untuk menyambut butir tangisanmu,
Hidupmu juga nafsumu bukan,
Untuk ini manja, bukan?
Apa sarat ibumu sekadar
Mahu mendukung kecewamu?
Mendodoi lukamu?
Tiada yang hidup semata menanti
mati,
Walau pergi detik yang pasti,
Hidup harus terus kau isi.
Bangun anak kecil, bangun!
………………………………………………………………………………………………………………
Kau tidak menjadi besar seandainya
tiada masalah yang datang mencabar.
Hadapilah remaja, hadapilah masa-masa dewasa ini dengan senyuman yang serupa.
Senyuman yang dahulu kau rentang buat semua yang melihat.
Senyuman yang telah membahagiakan sejagat umat!!!
Muhd Hatta Razian
3/4/2014
3.38 PM
Mengapa kau semakin sendu?
Sedang alam ini sentiasa meraihmu…
Mengapa kau padam senyum indah yang kau ukir?
Mengapa kau leka bermain lopak dan lecak derita?
Mana tawamu? Mana?
Mengapa kini kau tersedu sedan?
Sedang alam begitu ria menyambutmu dulu…
Apa yang membelitmu? Apa?
Siapa yang mencubit jiwamu?
Hingga kau tercedera begini?
Dahulu kau leka bermain guli dan gasing,
Kini permainan apa yang membuatmu
Rengsa dan rungsing?
Tuhan menantimu,
Bukan untuk menyambut butir tangisanmu,
Hidupmu juga nafsumu bukan,
Untuk ini manja, bukan?
Mahu mendukung kecewamu?
Mendodoi lukamu?
Walau pergi detik yang pasti,
Hidup harus terus kau isi.
Hadapilah remaja, hadapilah masa-masa dewasa ini dengan senyuman yang serupa.
Senyuman yang dahulu kau rentang buat semua yang melihat.
Senyuman yang telah membahagiakan sejagat umat!!!
3/4/2014
3.38 PM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan