PILIHAN
Al-kisah
Mohd Idzham merupakan seorang
penghafaz al-Quran di sebuah sekolah milik swasta di Perak. Hampir mencecah 5
tahun beliau berada di institusi tersebut. Beliau juga merupakan antara pelajar
yang terbaik dari sudut pelajaran tetapi agak “low profile” dari sudut yang
lain. Bidang hafalan bukanlah mudah bagi sesetengah orang kerana faktor yang
paling besar adalah kemampuan dan kesanggupan seseorang itu sendiri.
Alhamdulillah berkat kesabaran dan sokongan ibu bapa, Idzham telah berjaya
menamatkan hafalan beliau pada awal tingkatan 5.
Sejak tamat sahaja hafalan,
Idzham sering bersama 2 orang kawan karibnya (Haikal & Ahmad) meluangkan
masa sekali. Mengulang kaji dan berbincang sehinggalah mereka berbincang dengan
suasana yang agak serius. “Idzham, kita dah selesai menghafal 30juzuk,
peperiksaan ‘syahadah’ dan SPM plak hujung tahun ni. Memandangkan persediaan
kita untuk SPM ni pun ada masalah, dan
kau pun tahu pihak sekolah nak mencari guru untuk mengajar SPM pun x dapat, so
apa kata kita cuba cari jalan kita belajar SPM kat mana-mana sekolah menengah??”
kata sahabatnya Haikal. Soalan yang agak memeranjatkan Idzham dan Ahmad. Kerana
jika mereka bertekad untuk meneruskan pelajaran di sekolah kerajaan, tidak
semua sekolah yang menawarkan kemasukan tambahan sekarang hampir separuh
penggal sesi persekolahan bermula.
Bermulalah kekusutan yang melanda
kepada Idzham, beliau menjadi serba salah dengan situasi seperti itu. Oleh
kerana beliau agak cemerlang dalam pelajaran dan hafazan, tambahan beliau
adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan, segala yuran dan perbelanjaan di
sekolah itu ditaja oleh seorang Dato’. Idzham juga pernah menanyakan hal ini
kepada pihak sekolah akan tetapi Dato’ itu sendiri sudah berpesan terlebih
dahulu kepada pihak sekolah supaya dirahsiakan namanya. Idzham perlu berhadapan
dengan pihak sekolah jika beliau ingin meneruskan hasratnya untuk meneruskan
pembelajrannya di luar.
PETANG YANG HENING
Udara
yang segar dihirup seusai sahaja hujan menyimbahi tanah bersebelahan hutan.
Angin yang masih bertiup membuatkan rasa tenang dari segala kekusutan. Awan
mendung dilangit seakan-akan menunjukkan cuaca akan terus gelap hingga ke
malam. Jam menunjukkan sebentar lagi akan masuk waktu solat asar dan semua
pelajar akan bersiap untuk menunaikan solat asar secara berjemaah. Kedengaran 1
suara yang memanggil selepas selesai sahaja solat asar di luar surau. “Idzham,
ustaz panggil di luar musolla, katanya nak jumpa kamu”, kata seorang rakan
sekelasnya. Memandangkan ustaz tersebut merangkap warden di sekolah itu, Idzham
sedikit pun tidak merasa pelik dengan panggilan tersebut. Melihat wajah ustaz
yang agak muram seperti biasa, membuatkan Idzham merasa ada sesuatu yang
berlaku pada ustaz. “Ustaz, ada apa-apa yang saya boleh bantu? Kenapa ustaz
hari ini nampak macam tidak sihat?”. Tanya Idzham. Dengan nada serius ustaz
bersuara, “Betulkah apa yang ustaz dengar yang kamu mahu menamatkan pelajaran
di sini? Boleh ustaz tahu kamu ada masalah lain ker? Kenapa kamu tak maklumkan
pada ustaz terlebih dahulu?”. Satu persatu soalan diaju dan membuatkan Idzham
langsung tidak bersuara dengan soalan-soalan yang diberikan. Wajah Idzham mula
berubah. Kepalanya mulai serabut kerana tidak tahu apakah yang perlu dijawab
terlebih dahulu. Hatinya betul-betul merasa serba salah takut bila dijawab ini
adalah tindakan terburu-buru. Ustaz bersuara lagi, “macam ni lah Idzham, untuk
pengetahuan kamu Dato’ yang bantu kamu dia ada pesan pada kami, jika selesai
pengajian kamu di sini dan mahu sambung pengajian yang lebih tinggi, dia
sanggup biayai kamu dengan syarat kamu cemerlang dalam pelajaran.” Pertemuan
yang serius sehingga Idzham langsung tidak perasan, ada kawan-kawannya
memerhatikan gelagat mereka dari jauh. Idzham hanya berdiam diri dan akhirnya
dia meminta sedikit masa untuk memikirkan hal ini. Ustaz mengangguk menandakan
setuju dan berpesan pihak sekolah tidak menyekat apa-apa hasrat pelajar dalam
bidang pelajaran.
KEBERANIAN
Hampir seminggu
telah berlalu, keputusan harus dibuat cepat. Fokus terhadap pelajaran semakin
hari semakin teruk. Hampir tiap-tiap hari Idzham menghubungi ibu bapanya
berbincang mengenai hasratnya. Mujurlah ibu bapanya faham dengan keadaan
beliau. “Ham (nama pangillan), mak ayah faham kehendak ham, mak ayah pun tak
akan sekat kalau itu kehendak ham. Ustaz pun buat begitu sebab diorang pun
sayangkan ham. Ham fikirlah elok-elok, ini untuk masa depan ham. Mak ayah akan
sokong dan bantu apa yang kami mampu”. Begitulah ayat yang sering bermain dalam
fikiran Idzham. Idzham mula mengerti, tindakan yang dibuat oleh ibu bapanya
mungkin ingin mengajar kepadanya supaya berani membuat keputusan dan mengambil
risiko setiap apa yang dilalukan.
Selepas
kelas mengulangkaji pelajaran, kelihatan Idzham, Haikal dan Ahmad tidak
berganjak dari meja belajar. Mereka sudah berpakat untuk menyambung
perbincangan mengenai hasrat mereka. “Ham,mad…aku ada benda nak bagi tahu ni. Semalam
aku ada telefon ayah aku, ada satu sekolah ni mereka sedia menerima kemasukan
pelajar untuk ambil SPM. Sekolah kerajaan, ada asrama dan tak jauh dari
sekolah. Ayah aku kata insyallah sekolah ni ok, ayah aku boleh tolong
selesaikan perkara untuk kita daftar masuk ke sana nanti. Tapi kena faham la,
sekolah menengah kebangsaan…ada cina,india dan kelas pun bercampur lelaki dan
perempuan.” Kata Ahmad. Haikal mula bersuara “Alhamdullillah, Allah permudahkan
urusan kita.” Perbincangan berlanjutan sehingga
lewat malam.
3 hari
sudah berlalu. Wajah Idzham makin ceria pada pagi itu. Beliau sudah berbincang
dengan pihak sekolah dan keputusannya mendapat sokongan dari beberapa orang
guru. Hatinya kini berasa lega dan bertekad akan belajar bersungguh-sungguh
kerana beliau kini sudah kehilangan satu peluang, terus belajar sehingga tamat
dengan dibiayai yuran sepenuhnya. Namun Idzham perlu mengerti, kehidupan di
dunia luar sebenarnya lebih mencabar dari suasana di sekolah agama. Masalah sosial,
akhlak, dan bermacam-macam ada di luar sana.
KESEDIHAN YANG DIBENDUNG
Sepeti biasa, pada hujung minggu
semua pelajar akan manfaatkan masa untuk bermain. Kelihatan rakan-rakannya
sibuk dengan aktiviti riadah pada petang itu. Kesorakan kawan-kawan bermain
bola sepak di padang dapat didengari sehingga ke asrama. Sebahagiannya sibuk
dengan latihan pingpong dan badminton memandangkan sekolah ada menyertai
beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang lain. Idzham,
Ahmad dan Haikal sibuk dengan mengemas barang-barang mereka. Mereka sebulat
suara membuat keputusan akan berpindah ke sekolah lain untuk meneruskan hasrat
yang dirancang. Sewaktu mengemas, kelihatan wajah Idzham agak sedikit muram.
Ahmad mengerti perasaan itu. Susah senang, suka duka yang dilalui mereka tidak
semudah yang disangka. Kadang-kadang perasaan menyerah untuk meneruskan hafalan
itu datang. Memang segala kenangan yang ada di situ susah untuk dilupakan. Akan
tetapi memikirkan jalan yang harus diharungi itu masih panjang mereka perlu tabah
menghadapi semua itu.
Kedengaran
bunyi hon kereta diluar asrama. Seperti bunyi kebiasaan yang didengari oleh
Idzham. “Idzham, parent ko datang.” Menjerit salah seorang rakannya. Idzham
meluru laju ke luar menyambut kehadiran ibu bapanya. Ahmad dan Haikal membantu
Idzham mengangkat kesemua barang-barang yang telah dikemasnya. Tidak lama
kemudian, kelihatan ibu bapa Ahmad pula datang. Selepas siap mengangkat barang,
Idzham singgah ke padang untuk berjumpa kesemua kawan-kawannya buat kali yang
terakhir. Idzham terpaksa menahan sebak setiap kali melihat raut wajah
kawannya. Antara perkara yang membuat Idzham betul-betul tersentuh hati, ada
diantara kawannya yang memaksa dirinya senyum walaupun memang jelas di wajahnya
kesedihan yang dirasa. Setelah selesai, Idzham menuju pulang ke rumah dengan
perasaan yang bercampur baur. Bermulalah kehidupan episod baru beliau di dunia
luar.
~bersambung~




