Khamis, 19 September 2013

KAUM-KAUM BANGSA ARAB

Para sejarahwan membahagikan kaum-kaum bangsa Arab kepada 3 bahagian:
1.       Arab Ba’idah (العرب البائدة ), iaitu kaum Arab terdahulu yang sejarahnya tidak mampu dijejak secara terperinci seperti Ad ((عاد, Tsamud (ثمود), Thasm (طسم), Jadis (جديس), Imlaq(عملاق) dan lain-lain.
2.       Arab Aribah ((العرب العاربة, iaitu kaum Arab yang berasal dari keturunan  Yasyjub bin Ya’rub bin Qahthan, atau disebut Arab Qahthaniyah.
3.       Arab Musta’rabah(العرب المستعربة), iaitu kaum Arab yang berasal dari keturunan Isma’il yang disebut arab Adnaniyah.

Tempat kelahiran Arab Aribah atau kaum Qahthan adalah negeri Yaman, lalu berkembang menjadi beberapa kabilah dan suku, yang yang dikenali adalah 2 kabilah:
1.       Kabilah Himyar((حمير, yang terdiri daripada beberapa suku terkenal iaitu Zaid al-Jumhur, Qudha’ah dan Sakasik.

2.       Kabilah Kahlan(كهلان), yang terdiri daripada beberapa suku terkenal , iaitu Hamdan, Amnar, Thayyi’, Madzhij, Kindah, Lakham, Judzam, Uzd, Aus, Khazraj, dan  anak keturunan Jafnah raja Syam.

-Sumber: Sirah Nabawiyah (ar-Rahiqum Makhtum)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan