HUBUNGAN DI ANTARA AYAT AL-QURAN YANG MEMBINCANGKAN PENCIPTAAN ADAM A.S
Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menceritakan tentang penciptaan Adam a.s. Dan terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam penceritaan ini. Ada ayat yang menceritakan Adam diciptakan daripada tanah (تراب), ada juga ayat menceritakan dicipta daripada tanah liat (طين), ada juga menceritakan dicipta daripada tanah liat yang kering (صلصال كالفخار).
Kesimpulan:

Segelintir ulama’ beranggapan ayat menceritakan tentang kejadian nabi
Adam a.s itu sendiri berlawanan dan bertentangan. Ini diganggap berlawanan dengan
Quran itu sendiri. Mungkin disebabkan salah dalam kefahamannya.
Sesungguhnya ayat-ayat yang menceritakan perihal penciptaan adam adalah
perkara yang lengkap dan disepakati. Tiap-tiap ayat membahaskan tentang
peringkat dari peringkat-peringkat penciptaannya, kerana penciptaannya bukan
sekali, tetapi sebanyak 5 peringkat. Berikut adalah turutan peringkat-peringkat
di dalam Quran:
Peringkat per-1 : Diciptakan
dari segenggam tanah (خلقه
من حفنة من تراب الأرض)
-Allah berfirman:
إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (ال عمران:59)
huruf ha’ pada kalimah (خَلَقَهُ), merujuk kepada Adam a.s. bermakna Allah menciptakan Adam daripada tanah. Kemudian Allah berkata: jadilah, maka jadilah seperti kehendak Allah.

- jelas menunjukkan dalam ayat ini, Allah menciptakan Adam a.s daripada
tanah, dan ini merupakan peringkat yang pertama dalam penciptaannya.
- Nabi Muhammad s.a.w menerangkan secara terperinci perihal yang demikian. Dalam riwayat Abu Daud (no. 4693) dan Tirmizi (no. 2955)

"إن
الله خلق آدم من قبضة قبضها من جمع الأرض، فجاء بنو آدم على قدر
الأرض، منهم الأحمر والأبيض والأسود، والسهل والحزن، والطيب والخبيث"
- justifikasi/penerangan daripada hadis
ini, menunjukkan rahsia perbezaan warna kulit manusia. Ini kerana terdapat
perbezaan warna tanah. Daripada hadis ini juga, dapat diterangkan perbezaan spiritual,
peribadi/watak dan perasaan. Disebabkan sifat semulajadi tanah itu sendiri
berbeza. Antara keras dan lembut.
- jelas menunjukkan hadis ini, Adam a.s diciptakan daripada genggaman
tanah yang terkumpul daripada warna-warna tanah dan sifatnya yang perlbagai.
Peringkat per-2: Diciptakan
daripada tanah lumpur(خلقه
من طين)
-Adam a.s diciptakan daripada tanah yang lumpur pada peringkat yang kedua. Yang demikian, dengan campuran gumpalan tanah yang diambil daripada bumi dengan air seolah-olah menjadi tanah yang berlumpur. Allah berfirman:

إِذْ قَالَ
رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِينٍ (سورة ص: 71)
(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari

tanah".
-sesungguhnya Iblis telah melihat penciptaan Adam a.s. Melihat gumpalan
tanah yang dicampur dengan air dan jadilah tanah lumpur. Dan menolak untuk
sujud kepada Adam kerana sombong dengan kejadiannya yang diciptakan daripada
api. Iblis menganggap dirinya lebih baik daripada Adam kerana Adam hanya
berasal daripada tanah sahaja. Allah berfirman:
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ
إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ
مِنْ طِينٍ (سورة الأعراف: 12)
"Apakah yang menghalangimu untuk
bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya
lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau
ciptakan dari tanah".
Peringkat per-3: Diciptakan
daripada tanah yang melekat (tanah liat) (خلقه من طين لازب)
-Allah s.w.t berfirman:
فَاسْتَفْتِهِمْ أَهُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمْ مَنْ خَلَقْنَا ۚ إِنَّا خَلَقْنَاهُمْ مِنْ طِينٍ لَازِبٍ (الصفات: 11)
"Maka tanyakanlah kepada mereka (musyrik Mekah): "Apakah mereka yang lebih kukuh kejadiannya ataukah apa yang telah Kami ciptakan itu?" Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat."

-Perkataan (اللازب) bermaksud: tetap lagi padat.
-Ar-Raghib al-Asfahani berkata: “perkataan ini bermaksud benda yang tetap dan tidak berubah)

-Peringkat ini dari tanah yang lembik (pada
peringkat yang lalu) berubah kepada peringkat tanah yang sangat padat. Ini
adalah permulaan bagi proses pejal.
Peringkat per-4: Diciptakan
daripada tanah liat kering dari lumpur hitam yang dibentuk
) (خلقه من صلصال من حمأ مسنون
-Allah s.w.t berfirman:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ (الحجر: 28)
“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.”

-Perkataan (صلصال)
berasal daripada kalimah (الصلّ)
yang bermaksud suara/bunyi.
-Ar-Raghib al-Asfahani berkata: asal perkataan صلصال getaran suara/bunyi daripada sesuatu benda yang kering. Dikatakan صلّ المسمار (bunyi paku): apabila dimasukkan dalam sesuatu benda yang kering.
-Perkataan (الحمأ) bermaksud: tanah hitam yang berbau busuk
-Perkataan (المسنون) bermaksud: benda yang berubah

-Ini adalah
peringkat kesan/hasil daripada peringkat yang lalu, setelah itu jadilah tanah
lembik kepada tanah liat yang tetap dan sangat pejal kemudian bertukar kepada
tanah hitam yang berbau dan kering.
Peringkat per-5: Diciptakan
daripada tanah liat kering seperti tembikar
-Allah berfirman:
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ(الرحمن:14)
“Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar”

-Perkataan صلصال disini bermaksud tanah yang kering. Dinamakan demikian kerana apabila
kamu menepuk keatasnya ia berbunyi (mengeluarkan bunyi)
-Ia diumpakan tanah yang kering dengan tembikar, dan tembikar adalah bejana/perkakas yang diperbuat daripada tanah yang dibakar dengan api setelah dikeringkannya.

-Dinamakan
bejana/perkakas ini tembikar (فخارا).
- Ar-Raghib al-Asfahani berkata: الفخار bermakna tembikar (الجرار). Ia berbunyi apabila ditepuk,
- Ar-Raghib al-Asfahani berkata: الفخار bermakna tembikar (الجرار). Ia berbunyi apabila ditepuk,
-Ini adalah
peringkat yang kelima (yang terakhir), yang mana dalam penciptaan Adam a.s
melalui proses ini sebelum Allah meniupkan roh keatasnya.
Kesimpulan:
*Daripada
penyusunan peringkat dalam ayat-ayat yang dibicarakan berkenaan penciptaan Adam
a.s sebelum ditiupkan roh keatasnya, kita dapat melihat, tiada percanggahan
diantaranya, ia saling melengkapi, dan dikumpulkan antaranya atas asas ini.
* Diambil gumpalan daripada tanah (seperti mana yang disebutkan dalam peringkat yang per1), diadun/dibentuk dengan air sehinggal jadilah tanah (seperti mana yang disebutkan dalam peringkat yang ke2), ditambah campuran tanah dan dikombinasikannya, yakni dicampurkan sebahagian dengan sebahagiannya yang lain sehingga terjadilah tanah liat yang melekat dan padat (seperti mana yang disebutkan dalam peringkat yang ke3), dibiarkan tanah ini sehingga peringkat ia menjadi kering dan jadilah ia tanah hitam yang berubah dan berbau (seperti mana yang disebutkan dalam peringkat yang ke4), dikeringkan lagi tanah ini sehingga jadilah seperti tembikar, yang mengeluarkan bunyi apabila ditepuk ke atasnya (seperti mana yang disebutkan dalam peringkat yang ke5).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan