Wahai perasaan muda...........
Dulu,
tenang di wajah mu selalu kelihatan,
raut wajah mu tidak sedikit pun menggambarkan kegelisahan,
musibah yang datang kau anggap hanya cubaan,
jelas dirimu seorang yg tidak mudah putus harapan.....
Dulu,
kesungguhkan kau memberi buah fikiran,
demi melihat orang di sekelilingmu dlm keadaan aman,
atas sifat sayang dan ihsan,
kau bersungguh2 memikirkan jalan,
asal semuanya kembali ke pangkal jalan....
Kini,
kau tidak seperti dahulu,
kelihatan seperti hilang halatuju,
apakah yg merosakkan fikiran mu,
adakah hanya disebabkan perasaan mu,
kau sanggup manggadaikan matlamat mu...
Kini
hari demi hari kau melayan kerenah hatimu,
adakah berdiam diri itu yang kau mampu?
dimana jiwa besarmu yang dahulu,
jgn kerana futur kau ikuti hawa nafsu,
setiap orang akan melakar sejarah lalu,
tinggal hanya mengisi waktu....
kembalilah kepada NIAT yg baru,
kerana Allah sentiasa bersamamu....
[11.55 pm]
[darul fikr,Irbid. Jordan]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan